Anatolian 3 Negeri
Istanbul - Bursa - Cappadocia
Tercari-cari Private Tour ke Turki yang santai dan selesa? Jom Jejak uruskan percutian anda! Anda bebas pilih tarikh dan itinerari anda sendiri



Perjalanan
ITINERARI
KLIA – ISTANBUL (–, –, –)
- Free and Easy. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan di bawa ke hotel oleh airport transfer officer. (Jika anda sampai awal, kita boleh aturkan trip tambahan sekitar Istanbul, tidak termasuk di dalam pakej)
ISTANBUL – CAPPADOCIA (SP, –, –)
- Kita akan menziarahi Laman Pertama Istana Topkapi untuk bergambar sahaja.
- Kita akan singgah sebentar ke Masjid Biru dan Masjid Hagia Sophia. Bangunan yang kaya dengan asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu ketika dahulu merupakan gereja terbesar dan kemudian akhirnya kembali menjadi masjid.
- Seterusnya, kita akan terus bergerak ke lapangan terbang Istanbul untuk ke Cappadocia, menaiki penerbangan domestik selama lebih 1 jam 30 minit perjalanan. Bermalam di hotel berkonsepkan gua.
CAPPADOCIA (SP, MT, –)
- Aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon panas (Optional) & ATV motor (Optional) pada belah petangnya
- Kita akan melalui pakej Red Tour (Open Air Museum, Kota Istana Uchisar,Pasabag Chimneys dan bengkel tembikar Avanos
- Bermalam di hotel berkonsepkan gua.
CAPPADOCIA/SAW – BURSA (SP, –, –)
- Jika hari sebelumnya, anda tidak berpeluang untuk menaiki belon panas (Optional) disebabkan faktor keselamatan (ribut/angin kencang dll), anda akan diberi peluang kedua untuk menaikinya hari ini
- Selepas bersarapan, anda bebas untuk berjalan di sekitar hotel
- Selepas makan tengah hari & solat jama, kita akan bersiapsiap untuk ke Bursa menaiki penerbangan domestik dari Nevsehir/ Kayseri Airport ke Sabiha/ Istanbul Airport. Kemudian menaiki kenderaan khas terus ke Bursa. Bermalam di Bursa
BURSA (SP, –, –)
[JADUAL MUSIM SEJUK]
- Lawatan ke Gunung Uludag untuk bermain salji
- Aktiviti tambahan : kereta kable dan sewa peralatan ski
[JADUAL MUSIM BUNGA DAN LURUH]
- Lawatan ke perkampungan lama Uthmaniyyah di Cumalikizik
- Menziarahi makam pengasas Daulah Uthmaniyyah sambil melihat panorama indah bandar Bursa di Tophane
- Menunaikan solat di Ulu Cami Bursa yang begitu indah
- Lawatan sambil membeli belah di Kozahan, ia pernah menjadi pusat jualan fabrik sutera sejak zaman Sultan Beyzaid II (1491)
- Di akhir lawatan, kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-I Veli yang cukup menggetarkan jiwa. Bermalam di Bursa
BURSA – ISTANBUL (SP, –, –)
- Kita akan terus bergerak pulang ke Istanbul selama lebih kurang 3 jam perjalanan
- Berjalan sambil membeli belah di Kapalı Çarşı (Grand Bazaar)/ Spice Bazaar yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh
- Menaiki Cruise selama 1 jam 30 minit merentasi Selat Bosphorus dan melihat keindahan Istanbul di tepi bukit.. Bermalam di Istanbul.
ISTANBUL (SP, –, –)
- Selepas bersarapan, hari ini anda free and easy untuk berjalan sekitar Istanbul bersama keluarga masing – masing. Antara cadangan tempat lawatan pada hari ini adalah:
- Galata Tower dan Taksim Square.
- Panorama 1453 dan Topkapi.
- Dolmabahce Palace & Ortakoy
- Princess island
- Grand Bazaar, Spice Bazaar & Mahmut Pasa Bazaar
ISTANBUL – PULANG (SP, –, –)
- Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Airport paling lewat 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.
INFO
MAKLUMAT PAKEJ
PAKEJ TERMASUK
-
Penginapan 7 malam
-
Penerbangan Domestik
-
Pengangkutan Khas
-
Tour Guide dan Tour Leader
-
Tempat Lawatan yang Dinyatakan
-
Sarapan Bermula Hari Kedua
-
Airport Transfer 6 X
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Penerbangan KUL - IST
-
Makan Tengahari dan Makan Malam
-
Tiket Lawatan yang Tidak Dinyatakan
-
Aktiviti Pilihan : Hot Air Balloon, ATV dan lain lain
-
Takaful Kembara
-
Perbelanjaan Peribadi
-

APA KATA MEREKA
TESTIMONI PESERTA KAMI



INILAH MASANYA
Konsultan Kami Sedia Membantu Merancang Percutian Anda
Dapatkan Konsultasi Percuma
Nak tahu lebih lanjut tentang private tour Turki? Klik link whatsapp di bawah
MOMEN
KENANGAN TETAMU KAMI






