Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Jejak Vacation Networks Sdn Bhd

Anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti terma dan syarat sebelum bersetuju untuk melanggani pakej kami. Sebaik sahaja anda membayar deposit bermakna anda telah terikat melalui kontrak dengan pihak Jejak Vacation Networks dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua syarat syarat dan terma yang diberikan. Syarat-syarat dan terma-terma ini adalah tambahan kepada peruntukan terma dan syarat didalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.

Ianya tidak mengurangkan kuat kuasa peruntukan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 dan dimana terdapat sebarang percanggahan, terma dan syarat didalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 adalah terpakai. Sekiranya anda membuat tempahan dan membayar deposit untuk melanggani pakej percutian Jejak Vacation Networks, anda telah terikat melalui kontrak dengan pihak kami. Ia menandakan bahawa anda telah bersetuju dengan semua terma dan syarat Jejak Vacation Networks.

 

Pengesahan Maklumat dan Butiran Peribadi

Anda dikehendaki menyemak maklumat pakej yang ditempah sebelum membuat bayaran deposit. Seperti harga pakej, tarikh dan masa penerbangan pergi dan balik, pakej yang dipilih termasuk penginapan, termasuk tiket penerbangan atau tidak dan lain-lain maklumat yang berkenaan. Anda dianggap telah bersetuju dengan maklumat di dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko dan kos tambahan pada pakej sekiranya anda gagal melaporkan sebarang kesilapan atau peninggalan di dalam butiran pakej anda dalam tempoh 24 jam dari tarikh resit surat pengesahan dikeluarkan.  

 

Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan tahap kesihatan anda sebelum membuat pembayaran.

Jejak Vacation Networks berhak untuk menolak tempahan anda sekiranya tahap kesihatan anda didapati membahayakan kesihatan dan keselamatan diri sendiri atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota lain didalam kumpulan pelancongan.

Sekiranya anda memerlukan bantuan disebabkan oleh tahap kesihatan anda, anda diwajibkan membawa ahli keluarga lain untuk membantu anda sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda dan ubat-ubatan sendiri. Jejak Vacation Networks tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga anda secara peribadi atau memberikan ubat-ubatan sekiranya anda sakit.Sekiranya keadaan anda memerlukan penjagaan secara peribadi, Jejak Vacation Networks berhak mengenakan bayaran tambahan kepada anda bagi mengupah pihak ketiga untuk menjaga anda.

Maklumat Peribadi Semasa Menempah Pakej

Semasa penempahan pakej, semua butiran yang anda beri kepada Jejak Vacation Networks adalah maklumat yang akan digunapakai oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang anda langgani.  Anda dikehendaki menyemak semua butiran/maklumat peribadi sendiri sebelum membuat bayaran deposit. Sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat yang diberi adalah dianggap benar dan muktamad. Pihak Jejak Vacation Networks tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan pada pemberian maklumat yang diberi. 

Tiket Penerbangan

Untuk pakej Open Group, tiket penerbangan antarabangsa telah termasuk sekali dengan pakej. Berbeza untuk pakej persendirian, tiket penerbangan tidak termasuk di dalam bayaran pakej. Untuk pakej Open Group,  semua jadual perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan. Jika berlaku sebarang perubahan pada jadual penerbangan, pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dari tempahan hotel, penerbangan tiket domestik atau lain-lain kos yang di buat oleh peserta sendiri. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi, yang timbul akibat pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection, masalah teknikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk di dalam penerbangan, kehilangan/kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan dan/atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan.   

Penginapan

Harga yang diberi untuk ke semua pakej adalah untuk penyusunan bilik ‘double’. Bilik triple boleh diusahakan jika tersedia, tetapi kami ingin mengingatkan tidak semua hotel ada bilik triple ini. Jika anda memerlukan bilik ‘single’ , kami juga boleh sediakan dengan bayaran tambahan.  Pihak kami akan berusaha untuk memastikan setiap pasangan suami isteri dan keluarga mendapat bilik bersama. Jika berlaku perpisahan antara pasangan suami isteri dan keluarga pemaklumkan akan di buat awal, sebelum kembara lagi. Caj untuk bilik seorang (single room) akan dikenakan untuk tempahan sepanjang trip jika ada yang memerlukan.

Itinerari

Pihak Jejak Vacation Networks BERHAK untuk membuat penukaran pada jadual program yang dicadangkan mengikut kesesuaian dan kelancaran pakej tanpa memaklumkan peserta, bergantung pada keadaan, cuaca dan situasi yang berlaku pada waktu itu.  Sebarang perubahan jadual mungkin berlaku contohnya seperti perubahan pada waktu penerbangan disebabkan oleh faktor cuaca dan sebagainya. Sebarang perubahan yang diminta oleh peserta melibatkan penambahan kos, kos tersebut akan ditanggung oleh peserta.

Pembayaran

Kami hanya menerima pembayaran melalui secara online banking , cek dan kad kredit. Pihak kami berhak untuk menahan tempahan pakej anda sehingga cek / kad kredit / pembayaran online anda ditunaikan. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika anda tidak dapat menyertai pakej yang anda tempah kerana penuh akibat kelewatan di dalam proses pembayaran. 

Yuran

Sila pastikan anda mendapat harga yang telah dipersetujui di dalam invois dan resit anda. Yuran adalah tertakluk kepada perubahan matawang Malaysia. Jika terdapat sebarang kenaikkan matawang melebihi 10% dari kadar asal atau kenaikan mendadak daripada kos operasi atas faktor tak di sangka maka ada kemungkinan akan ada tambahan kos pada harga asal. Sila rujuk pada pegawai kami.

Jejak Vacation berhak untuk batal, pemulangan wang dan mengenakan tambahan caj sekiranya berlaku perubahan diluar jangkaan pada kos penerbangan dan pengoperasian pergerakan darat. 

Jumlah Penyertaan

Kembara Jejak Vacation terbahagi kepada kumpulan persendirian dan juga pakej Open Group. Bagi pakej persendirian, tiada jumlah minimum peserta yang ditetapkan. Trip akan berjalan dan diaturkan dengan jumlah yang PIC peserta tetapkan.

 Bagi Pakej Open Group pula, satu kumpulan terdiri daripada 20 sehingga 25 orang peserta, bergantung pada negara mana yang dipilih. Pakej open group ini masih boleh meneruskan kembara dengan  jumlah 20 orang (lebih/kurang) dalam satu kumpulan. 

Bayaran dan Tempahan

Untuk pengesahan penyertaan, bayaran deposit penuh perlu di buat segera oleh peserta. Jumlah deposit penuh adalah mengikut 40 – 50% dari harga pakej, sila semak pakej anda.

​45 Hari sebelum tarikh penerbangan bayaran penuh perlu di buat. Pembayaran boleh di buat terus kepada akaun Maybank Jejak Vacation Networks Sdn Bhd : 56218825211

Pembatalan

Dukacita dimaklumkan, tiada pemulangan deposit setelah bayaran dibuat. Sekiranya pembatalan dari pihak Jejak Vacation akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan (tempahan kereta, hotel dan sebagainya), walaubagaimanapun akan ada administration charges sebanyak RM 500 seorang untuk kerja-kerja yang telah kami jalankan. 

Pertukaran Trip

Bagi yang sudah mendaftar dan ingin menukar tarikh trip atau pun ke trip lain akan dikenakan administrative charges sebanyak RM 500 seorang. Ini disebabkan oleh gerak kerja yang sudah team kami lakukan, dan pada masa yang sama kami perlu mencari pengganti bagi mengisi slot kekosongan yang ada. Di pihak Jejak Vacation, terdapat juga risiko untuk kami tidak dapat cari pengganti dalam masa yang sudah ditetapkan. 

Insuran Perjalanan

Insuran atau takaful perjalanan tidak termasuk di dalam pakej. Di pihak kami, kami mewajibkan semua peserta mengambil insuran atau takaful perjalanan sebelum berangkat ke destinasi kembara.  Pihak kami juga boleh menguruskan insuran perjalanan  tersebut (Harga mengikut jenis pakej dan destinasi yang diambil).

Video dan Gambar

Setiap trip kami akan kami rakamkan dalam bentuk foto dan video. Foto dan video yang dirakamkan akan digunakan sebagai bahan promosi . Jika anda tidak selesa dengan perkara tersebut, sila berdiri di belakang kamera ketika rakaman dibuat. 

Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda terhadap Jejak Vacation Networks

Perlukan bantuan?

Tekan link WhatsApp dibawah, kami akan membantu anda!

Lokasi

03-02A Kenwingston Business Center Persiaran Kreatif , Kenwingston Square Garden Cyber 9 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Emel

info@jejakvacation.com

Hubungi Kami

+6018 391 7948