PAKEJ BOSNIA (PERSENDIRIAN)
Mengapa Anda Patut ke Bosnia?

Melihat Keindahan Alam
Bosnia adalah negara yang 'underrated' . Tak ramai yang tahu, negara ini sangat cantik dan mendamaikan.

Makanan Yang Lazat
Anda mungkin tak sangka, makanan Bosnia memang sedap! Anda berpeluang mencuba kebab Bosnia yang unik, kambing golek yang enak dan macm macam lagi.

Menjejak Sejarah
Bosnia adalah salah satu negara yang pernah bernaung di bawah Kerajaan Uthmaniyyah. Datang ke Bosnia dan lihat sendiri perkaitannya.
Perjalanan
ITINERARI
Tiba di Lapangan Terbang Sarajevo. Lawatan sekitar Old Town Bascarsija yang pernah gemilang satu masa dahulu sebagai pusat perdagangan. Di sana kita akan melawat Masjid Gazi Husrev Bey dan melihat kedai kedai yang menjual pelbagai barangan dan makanan menarik . Seterusnya ke Jambatan Latin yang menjadi lokasi pembunuhan Austro-Hungarian Archduke , kemudian mencetuskan Perang Dunia Pertama. Kita akan berehat untuk makan tengahari dan solat. Makan malam dan check in hotel Sarajevo .
( L , D )
Selepas sarapan dan check out, kita akan ke Travnik. Travnik adalah bandar kecil yang mana terdapat kubu lama di sana. Seterusnya kita ke Plava Voda , kawasan mata air yang cantik. Dalam perjalanan ke bandar Jajce, kita singgah sebentar di Masjid Malaysia. Masjid ini diberi nama sedemikian kerana tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu mereka dalam perang saudara tahun 1993. Kita akan berhenti untuk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Pliva, sebuah air terjun besar yang mengkagumkan. Kemudian kita akan ke tasik Pliva yang berdekatan dengan kincir angin kayu yang menjadi landmark Bosnia. Kita akan ke Bihac. Makan malan dan bermalam di hotel Bihac . ( B , L , D )
Pagi ini selepas sarapan pagi, kita akan berjalan sekitar Bihac yang indah. Lokasi pertama adalah ke Taman Negara Una ,yang mempunyai landskap alam yang indah. Seterusnya menuju ke Japodski Islands. Kemudian kita ke Natura Art village, sebuah perkampungan Bosnia. Kita berpeluang makan tengahari di atas bot jika cuaca mengizinkan. Jika ada masa terluang, anda bebas melakukan aktiviti sendiri. Pulang dan berehat di hotel Bihac . ( B , L , D )
Selepas sarapan, kita akan check out hotel. Destinasi pertama hari ini adalah menuju ke Livno. Di Livno, kita akan melawat Duman Spring, Menara Jam dan Masjid Glavica . Kita akan solat dan makan tengahari sebelum menuju ke Pocitelj. Terdapat kawasan perkampungan yang wujud sejak era Uthmaniyyah di sana. Kita akan melawat Kubu Pocitelj sebelum menuju ke Mostar. Berehat dan bermalam di hotel Mostar. ( B , L , D )
Pagi ini selepas sarapan kita akan melawat sekitar Mostar. Lawatan ke Jambatan Mostar yang teguh berdiri selama hampir 400 tahun sebelum musnah dalam peperangan tahun 1993. Masjid Koski Mehmed Pasha juga akan kita kunjungi sebelum bergerak ke Blagaj. Bagaikan di alam fantasi, pemandangan Spring of Buna memang cantik. Ditepinya terdapat rumah ahli sufi yang masih megah berdiri. Selepas itu kita akan ke Jablanica untuk merasa hidangan kambing golek yang sangat enak. Kemudian kita akan menuju ke Sarajevo. Di Sarajevo, kita akan melawat Muzium tunnel of Hope yang menceritakan kisah pengepungan semasa perang 1993. Dan kita singgah di Spring of Bosne yang indah dan tenang. Selepas itu check in hotel, makan malam , dan berehat di hotel Sarajevo. ( B , L , D )
Sarapan pagi dan bersiap untuk pulang. Check out dan menuju ke Lapangan Terbang Sarajevo. Trip tamat.
INFO
MAKLUMAT PAKEJ
-
Penginapan 4 Bintang untuk 5 malam
-
Makan 3 Kali Sehari
-
Tour Guide
-
Tempat Lawatan yang Dinyatakan
-
Sarapan Bermula Hari Kedua
-
Pengangkutan Selesa
-
Airport Transfer
-
Tiket Penerbangan Antarabangsa
-
Tiket Lawatan yang Tidak Dinyatakan
-
Aktiviti Pilihan
-
Takaful Kembara
-
Perbelanjaan Peribadi
-
Tour Leader dari Malaysia
-
HARGA PAKEJ

KENANGAN PESERTA KAMI






TEMPAT MENARIK DI BOSNIA






TESTIMONI TETAMU KAMI

