MOROCCO
GRAND TOUR
10H7M
Mengapa Anda Patut ke Morocco?

Pengalaman di Gurun Sahara
Selama ini anda pernah dengar saja kan tentang Gurun Sahara? Jom rasai sendiri pengalaman menunggang unta di gurun berpasir yang terbentang luas.

Makanan Yang Lazat
Anda mungkin tak sangka, makanan Morocco memang sedap. Kami akan bawa anda merasai makanan tradisi Morocco yang lazat dan unik!

Menjejak Sejarah
Morocco menyimpan sejarah tamadun Islam yang kurang diketahui umum. Kami bawa anda kembara santai ke bumi Morocco sambil mengenal sejarah yang telah dilupakan.

Tempat Menarik
Di setiap negeri di Morocco yang kami bawa, ada tarikan tersendiri. Pasti membuatkan anda tertarik.

Keindahan Seni Bina
Morocco memang terkenal dengan keindahan senibinanya. Terdapat banyak bangunan dan seni bina yang cantik. Seni binanya mencerminkan geografi yang pelbagai dan sejarah panjang Morocco.

Budaya Yang Pelbagai
Budaya Moroco merupakan gabungan budaya Arab, Amazigh, Afrika, dan Eropah Barat. Jom kami bawa anda melihat sendiri kepelbagaian yang ada di Morocco.
Perjalanan
ITINERARI
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum penerbangan. Penerbangan dari KLIA ke Casablanca Airport. [MOB]
Tiba di Casablanca Airport dan berjumpa dengan pemandu pelancong tempatan. Kita akan melawat ke Masjid Hasan Sani, masjid terbesar yang masih berfungsi di Afrika. Seterusnya bergerak ke Muhammad V Square untuk bergambar. Seterusnya kita akan bertolak ke hotel untuk makan malam dan bermalam di Marrakech. [L,D]
Setelah sarapan pagi dan check-out hotel, kita akan melawat Bandar Marrakesh untuk melihat Istana Bahia. Kemudian, kita bergerak pergi ke Berber Pharmacie, kedai yang dipenuhi dengan rempah ratus, herba dan produk semula jadi yang lain. Kita akan ke Masjid Koutobia sebelum menuju ke Jemaa El Fna serta Souq untuk berbelanja. Bertolak ke hotel untuk makan malam. Bermalam di Marrakech. [B,L,D]
Pagi ini kita akan bertolak ke Ait Ben Haddou merentasi banjaran Atlas. Kemudian kita akan menuju ke Ksar of Ait Ben Haddou, untuk melihat senibina tanah liat sebelum bergerak ke Ouarzazate dan Atlas Mountain yang mempunyai beberapa mercu tanda yang menarik untuk bergambar. Bertolak ke hotel untuk akan malam. Bermalam di Boumalne Dades. [B,L,D]
Selepas sarapan, kita akan bertolak ke Todra Gorge, di mana terdapatnya beberapa sungai batu kapur. Kemudian, kita akan menuju ke Berber Village untuk bergambar sebelum bergerak ke Fossil Shop di Erfoud untuk berbelanja. Seterusnya, kita akan bergerak ke Merzouga, sebuah padang pasir dan akan menaiki unta atau Jeep ke khemah untuk stargazing dan campfire. Bermalam di Merzounga. [B,L,D]
Trip hari ini adalah lawatan ke Ziz Valley sebelum bertolak ke Midelt untuk makan tengahari. Kita akan bergerak ke Ifrane, sebuah bandar yang cantik di Morocco sebelum bertolak ke hotel untuk makan malam. Bermalam di Fes. [B,L,D]
Setelah sarapan pagi, anda boleh memilik untuk melawat Royal Palace Fes atau Dar el Makhzen, sebelum ke Burj Al Janubi untuk bergambar. Kemudian, kita akan ke Universiti Al-Qarawiyyin sebelum menuju ke Kota Lama Fes untuk berbelanja. Bertolak ke hotel untuk makan malam. Bermalam di Chefchouen. [B,L,D]
Selepas sarapan pagi di hotel, kita akan bertolak ke Old Medina of
Chefchouen serta Blue City of Chefchouen. Kita akan menuju ke Place el Houta ae untuk bersiar-siar sebelum ke Rabat. Seterusnya, kita akan melawat Kasbah Oudaya dan Mousaleum of Mohammed 5, serta Hassan Tower Mosque sebelum bertolak ke hotel untuk makan malam. Bermalam di Casablanca. [B,L,D]
Setelah sarapan, anda akan diberikan pilihan untuk melakukan aktiviti bebas, free and easy. Bertolak ke KLIA untuk pulang ke tanah air. [B,MOB]
Tiba di Kuala Lumpur International Airport. Trip tamat.
INFO
MAKLUMAT PAKEJ
-
Penerbangan Antarabangsa
-
Penginapan 7 malam
-
Makan 3 Kali Sehari
-
Tour Guide dan Tour Leader
-
Tempat Lawatan yang Dinyatakan
-
Sarapan Bermula Hari Kedua
-
Pengangkutan Selesa
-
Airport Transfer
-
Tiket Lawatan yang Tidak Dinyatakan
-
Aktiviti Pilihan
-
Takaful Kembara
-
Perbelanjaan Peribadi
-
-
-
HARGA PAKEJ

KENANGAN PESERTA KAMI






TEMPAT MENARIK DI MOROCCO




