PADANG BUKITTINGGI 4H3M

Mengapa Anda Patut ke Padang Bukittinggi

Melihat Sejarah Minang

Minang ini sinonim dengan Negeri Sembilan jika di Malaysia. Jom ketahui sejarah Minang dan budayanya.

Makanan Padang Yang Lazat

Makanan Padang memang sedap! Dalam pakej ini kami dah masukkan makanan yang serba sedap dalam pakej ini.

Pemandangan Yang Indah

Di Bukittinggi terdapat beberapa tempat tempat yang ada pemandangan yang cantik seperti di Lembah Anai dan Desa Pariangan.

Beli Belah Barangan Berpatutan

Di sini harganya brpatutan. Jadi anda bebas untuk membeli belah barangan sulam , produk kerepek dan macam macam lagi!

Kos Yang Sederhana

Kos melancong ke sini masih dikira berpatutan. Berbaloi untuk bawa keluarga bercuti atau beri reward pada staff anda.

Perjalanan

ITINERARI

Ketibaan anda akan disambut oleh tour guide kami di Airport International Minangkabau. Setelah itu perjalanan diteruskan menuju Bukittinggi dan dalam perjalanan, berhenti di Air Terjun Lembah Anai. Selepas itu, ke Pusat Informasi dan Dokumentasi Minangkabau di Padang Panjang di mana anda boleh menyewa pakaian adat Minangkabau. Setelah makan tengah hari kita akan mengunjungi beberapa tempat sulaman, Taman Jam Gadang dan Pasar Atas. Senja harinya kita check in di hotel. Makan malam disediakan di restoran tempatan. ( L, D )

Setelah sarapan pagi kita akan berangkat menuju Home Industry Kerupuk Ubi Ummi, tempat memproses kerepek segar. Setelah menikmati keindahan alam semula jadi Lembah Harau kita teruskan perjalanan ke Istana Raja Pagaruyung. Dalam perjalanan, kita berhenti di ke Kopi Kiniko iaitu tempat pembuatan pisang salai, kopi dan pelbagai jenis makan ringan. Petang hari kita kembali Bukittinggi melalui Tasik Singkrak atau Desa Pariangan. Makan malam disediakan di restoran tempatan. ( B, L, D )

Setelah sarapan pagi ddan check out hotel, kita berangkat menuju Panorama Ngarai Sianok dan Lobang Jepang. Selepas itu , kita akan ke Puncak Lawang untuk menyaksikan keindahan alam semula jadi Tasik Maninjau. Jika keadaan mengizinkan, kita akan melawat Rumah Kelahiran Hamka . Dalam perjalanan, berhenti di Panorama Sungai Landia untuk bergambar. Kemudian melihat tempat orang memproses tebu secara tradisional dan tempat membuat gula merah. Setelah makan tengah hari kita akan menuju ke Padang, setelah perjalanan cukup jauh, makan malam di Padang, check in hotel. ( B, L, D )

Setelah sarapan pagi dan check-out dari hotel, kita teruskan dengan Padang City Tour dengan mengunjungi Pelabuhan Muara (Pelabuhan Tua), Pantai Padang , Batu Legenda Malin Kundang, dan Masjid Raya Sumatera Barat. Dan terus ke airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Trip tamat . (SP)

INFO

MAKLUMAT PAKEJ

PAKEJ TERMASUK
  • Penginapan 3 malam
  • Makan 3 Kali Sehari
  • Tour Guide Setibanya di Padang
  • Tempat Lawatan yang Dinyatakan
  • Sarapan Bermula Hari Kedua
  • Pengangkutan Selesa
  • Airport Transfer
PAKEJ TIDAK TERMASUK
  • Tiket Penerbangan KUL - Padang
  • Tiket Lawatan yang Tidak Dinyatakan
  • Takaful Kembara
  • Perbelanjaan Peribadi
  • Tour Leader dari Malaysia
  •  
  •  

HARGA PAKEJ PERSENDIRIAN

KENANGAN PESERTA KAMI

TEMPAT MENARIK DI PADANG BUKITTINGGI

INILAH MASANYA

TUNGGU APA LAGI?
JOM KE PADANG BUKITTINGGI