PAKEJ TURKI KLASIK
9H7M
Pakej Turki Lengkap dan Selesa
Tercari-cari pakej Turki yang berpatutan dan menarik? Jemput sertai pakej Turki kami !

Pengalaman Sejak 2013
Jejak Vacation bermula dengan Jejak Uthmaniyyah ketika kami menetap di Turki pada tahun 2013 lagi. Kami berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.

Tour Guide Berpengalaman
Kami ada team khas tour leader terlatih yang akan mengantuni pakej Turki ini. Banyak feedback peserta berpuas hati dengan tour guide kami yang mesra dan banyak membantu.

Pakej Lengkap
Tak perlu pening nak aturkan, kami yang uruskan semuanya.Pakej kami dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, hotel, dan makanan tiga kali.

Itinerari Menarik
Di setiap negeri di Turki yang kami bawa, ada tarikan tersendiri. Pasti pakej Turki ini membuatkan anda tertarik dan gembira!

Tiada Bayaran Tersembunyi
Tiada cas yang tidak dinyatakan. Semua dah termasuk dalam pakej Turki kami. Tinggal sediakan duit poket untuk shopping dan optional activities saja.

Tempat Menarik
Kami akan bawa anda merasai sendiri pelbagai budaya dan tempat yang menarik di Turki. Jom jalan jalan Turki bersama Jejak.
Perjalanan
ITINERARI
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum penerbangan. Penerbangan dari KLIA ke Istanbul Airport. [MOB]
Merhaba! Tiba di Istanbul dan berjumpa dengan pemandu pelancong tempatan. Kita akan terus berangkat ke Bursa. Check-in dan bermalam di Bursa. [D]
Sarapan pagi dan check-out hotel . Pagi ini kita akan menziarahi Masjid Besar Bursa. Jika masa mengizinkan, boleh membeli belah di Koza Han Silk Bazaar. Setelah itu melawat makam pengasas Turki Uthmaniyyah iaitu Osman Ghazi di Tophane. Berangkat ke Pamukkale. Check-in dan makan malam di Pamukale. [B/L/D]
Sarapan pagi di hotel. Pagi ini kita akan membeli belah di kedai manisan Turki. Setelah itu, melawat Kota Lama Hierapolis. Di sana kita akan dapat melihat Byzantine Gate, Ancient Roman Theatre, Antique Pool dan kolam air panas. Seterusnya berpeluang membeli belah di Textile Outlet. Pulang dan makan malam di hotel Pamukale. [B/L/D]
Pagi ini selepas sarapan dan check-out hotel, bertolak ke Cappadocia. Dalam perjalanan, singgah di Sultanhani Caravanserai yang menjadi tumpuan persinggahan para pedagang dahulu kala. Makan malam dan check-in hotel di Cappadocia. [B/L/D]
Sarapan pagi di hotel. Trip hari ini adalah lawatan sekitar Cappadocia; Mushroom Valley, Pigeon Valley, Uchisar dan Goreme. Anda boleh membeli belah barang asli buatan Turki di Onyx & Jewellery Shop dan Carpet Gallery. Setelah itu, kita akan melihat pembuatan pasu dan tembikar asli Turki. Pulang dan bermalam di hotel Cappadocia. [B/L/D]
Sarapan pagi dan check-out hotel. Kita akan bertolak menuju ke Istanbul. Dalam perjalanan, singgah di Tasik Garam yang unik. Berehat dan makan malam di restoran tempatan di Istanbul sebelum check-in hotel. [B/L/D]
Selepas sarapan pagi di hotel, kita akan ke Laman Pertama Istana Topkapi untuk bergambar. Kemudian pergi ke Masjid Hagia Sophia yang menyimpan sejarah ratusan tahun. Singgah pula ke Masjid Sultanahmet (Blue Mosque) yang menjadi ikon Istanbul. Kita berpeluang membeli belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar. Makan malam di restoran sekitar Istanbul. Berehat dan bermalam di hotel Istanbul. [B/L/D]
Sarapan pagi dan check-out hotel. Pagi ini kita akan menaiki Bosphorus Cruise untuk melihat pemandangan indah kota Istanbul dari sisi laut. Jika masa mengizinkan, kita akan ke Taksim Square. Setelah itu, bertolak ke lapangan terbang untuk berada di sana 4 jam sebelum penerbangan. Pulang ke Kuala Lumpur. [B/MOB]
Tiba di KLIA. Gule -gule! Trip tamat dengan membawa memori indah Turkiye.
GILIRAN ANDA UNTUK MERASAI KESERONOKAN PAKEJ TURKI JEJAK
INFO
MAKLUMAT PAKEJ TURKI
-
Penerbangan Antarabangsa
-
Penginapan 7 malam
-
Makan 3 Kali Sehari
-
Tour Guide dan Tour Leader
-
Tempat Lawatan yang Dinyatakan
-
Sarapan Bermula Hari Kedua
-
Pengangkutan Selesa
-
Airport Transfer
-
Tiket Lawatan yang Tidak Dinyatakan
-
Aktiviti Pilihan
-
Takaful Kembara
-
Perbelanjaan Peribadi
-
Tour Leader dari Malaysia
-
-
HARGA PAKEJ TURKI

KENANGAN PESERTA KAMI






TESTIMONI PESERTA TRIP TURKI





