BALKAN'S SERENITY TOUR
8H6M
Mengapa Anda Patut ke Balkan Dengan Kami?

Pakej Fokus 3 Negara
Pakej ini bukan pakej yang rushing bertukar hotel setiap hari. Kami fokus 3 negara saja supaya anda boleh luangka n masa untuk menikmati setiap tempat yang dibawa

Kumpulan Kecil
Ramai kurang selesa bila trip ramai sangat kan? Pakej kami bukan 40 orang, dan bukan 30 orang, tapi hanya terhad untuk 20 orang sahaja satu trip. Menarik kan?

Makanan Yang Halal
Makanan Bosnia dan Balkan memang sedap. Kami akan bawa anda merasai makanan tradisi Balkan yang sedap dan unik! Yang penting kami pastikan ia benar benar halal.

Menikmati Keindahan Alam
Lokasi yang kami bawa, pemandangannya sangat cantik. Sesuai untuk yang suka ketenangan dan keindahan.

Tempat Menarik
Selain dari tempat dengan tarikan alam, kami bawa juga ke tempat yang menyimpan sejarah mereka seperti Museum Tunnel of Hope dan lain lain lagi. Menarik untuk tahu sejarah mereka

Penginapan Selesa
Hotel yang kami berikan adalah hotel bertaraf 4-5 bintang. Cukup selesa untuk anda berehat setelah seharian melawat tempat tempat menarik sekitar Balkan
Perjalanan
ITINERARI
KLIA – SARAJEVO (MOB)
- Berkumpul di KLIA empat jam sebelum masa penerbangan
- Berangkat ke Sarajevo Airport
- Tiba di Sarajevo, anda akan disambut mesra oleh tour guide tempatan
- Check in dan bermalam di hotel Sarajevo
SARAJEVO TOUR (SP,MT,MM)
- Selepas sarapan, kita akan melihat sebuah taman dengan aliran sungai yang indah, iaitu Vlero Bosne yang wujud sejak kurun ke 15
- Lawatan sekitar Old Town Bascarsija yang pernah gemilang satu masa dahulu sebagai pusat perdagangan
- Kita akan melawat Masjid Gazi Husrev Bey yang dibina pada zaman Uthmaniyyah. Di sini juga terdapat sekolah dan kompleks wakaf yang menjadi tumpuan pada satu ketika dahulu
- Seterusnya melihat kedai kedai yang menjual pelbagai barangan dan makanan menarik di sini
- Seterusnya ke Jambatan Latin, lokasi pembunuhan Austro-Hungarian Archduke , yang kemudiannya mencetuskan Perang Dunia Pertama.
- Makan malam dan berehat di hotel Sarajevo
SARAJEVO – MOSTAR – BLAGAJ – NEUM (SP,MT,MM)
- Selepas sarapan, kita akan check out dan melawat Tunnel of Hope yang menceritakan kisah survival pengepungan semasa perang pada tahun 1992-1995
- Seterusnya berangkat ke Jablanica untuk menikmati kambing golek Bosnia yang terkenal dan lazat sambil melihat pemandangan indah
- Kemudian ke Mostar. Di Mostar kita akan melawat Masjid Koski Mehmed Pasha, Jabatan Mostar dan berjalan sekitar Mostar Old Town
- Setelah itu berangkat ke Blagaj. Di sini anda akan terpukau dengan keindahan dan ketenangan suasananya, bagaikan berada di alam fantasi. Melawat Dervish Tekke, sebuah rumah sufi yang dikatakan menjadi tempat berkumpul dan beribadah para sufi pada satu masa dulu. Ditepinya terdapat Vlero Buna yang mengalir di celahan bukit
- Bergerak ke Neum
- Makan malam dan bermalam di hotel Neum
NEUM – DUBROVNIK – BUDVA (SP,MT,MM)
- Selepas sarapan, dan check out, kita akan ke Dubrovnik, Croatia, yang terkenal sebagai Mutiara Adriatik. Kawasannya cantik dan terkenal sebagai destinasi pelancongan. Ia adalah salah satu lokasi dibawah perlindungan UNESCO kerana kekayaan sejarahnya
- Seterusnya kita akan melihat Istana Rector, Menara Jam dan Orlando’s Column. Juga singgah di Franciscan Monastry untuk melihat farmasi yang masih beroperasi sejak kurun ke 14
- Berangkat ke Budva
- Makan malam dan bermalam di hotel Budva
BUDVA – KOTOR – MOSTAR (SP,MT,MM)
- Pagi ini kita akan bersarapan dan checkout. Berangkat ke Kotor, Montenergo. Ia adalah kota medieval yang terletak di persisiran laut Adriatik. Di sini terdapat perlabuhan terbesar di Laut Adriatik
- Berjalan sekitar Kotor untuk melawat Old City, Cathedral of Saint Tryphon, Sea Gate, Maritime Museum of Montenegro, dan lain lain lagi. Makan tengahari dan anda diberi masa untuk berjalan sendiri sekitar Kotor
- Berangkat ke Mostar. Makan malam dan bermalam di hotel Mostar
MOSTAR – JAJCE – TRAVNIK – SARAJEVO (SP,MT,MM)
- Sarapan dan checkout. Pagi ini kita akan melihat kota diraja, Jajce. Di sana kita akan melawat air terjun Pliva yang sangat indah. Seterusnya ke Tasik Pliva sebelum menyaksikan kincir angin kayu berhampiran air terjun Pliva
- Selepas makan tengahari, berangkat ke Travnik. Travnik adalah sebuah bandar kecil di mana terdapat rumah dan bangunan yang masih mengekalkan seni bina asal Bosnia. Melawat juga Plava Voda Spring yang cantik
- Berangkat ke Sarajevo. Makan malam dan bermalam di hotel Sarajevo
SARAJEVO AIRPORT – KLIA (B, MOB)
- Pagi ini kita akan bersarapan dan checkout dan bersedia untuk pulang. Berangkat ke Sarajevo Airport untuk penerbangan ke KLIA
KLIA (MOB)
- Tiba di KLIA. Trip tamat dengan membawa memori indah sepanjang trip
INFO
MAKLUMAT PAKEJ
-
Penerbangan Antarabangsa
-
Penginapan 6 malam
-
Makanan Halal 3 Kali Sehari
-
Tour Guide Berpengalaman
-
Tempat Lawatan yang Dinyatakan
-
Pengangkutan Selesa
-
Airport Transfer
-
Tiket Lawatan yang Tidak Dinyatakan
-
Aktiviti Pilihan
-
Takaful Kembara
-
Perbelanjaan Peribadi
-
Porter (Tukang Angkat Beg)
-
-
HARGA PAKEJ

KENANGAN PESERTA KAMI






TEMPAT LAWATAN MENARIK





