Pakej Persendirian Balkan 3 Negara

4.7 (1,127) Reviews
4.7/5

Maklumat

Termasuk
Tidak Termasuk

Itinerari

  • Hari 1 - Ketibaan di Zagreb

    Tiba di Lapangan Terbang Zagreb. Lawatan pertama sekitar Kaptol dan Gradec . Seterusnya ke Ban Jelacic Square, dan Dolac Bazaar. Di Dolac Bazar anda boleh melihat dan membeli pelbagai sayuran dan buahan tempatan. Kemudian, singgah di Zagreb Funicular. Ia adalah stesen terpendek dan tertua di dunia. Kita akan berehat untuk makan tengahari dan solat. Seterusnya kita akan bergerak menuju Bihac. Makan malam dan check in hotel di Bihac . ( L , D )

  • Hari 2

    Selepas sarapan kita akan melawat sekitar Bihac. Lokasi pertama adalah ke Taman Negara Una , yang mempunyai landskap alam yang memukau. Seterusnya menuju ke Japodski Islands. Kemudian kita ke Natura Art Village, sebuah perkampungan Bosnia. Kita berpeluang makan tengahari di atas bot jika cuaca mengizinkan. Jika ada masa terluang, anda bebas melakukan aktiviti sendiri. Pulang dan berehat di hotel Bihac . ( B , L , D )

  • Hari 3

    Pagi ini selepas sarapan pagi, kita akan check out dan berangkat menuju Split. Split adalah bandar yang dibina di keliling Istana Maharaja Rom, Diocletian. Di sini anda boleh melihat senibina peninggalan Rom seperti pada temboknya, dataran dan gereja. Seterusnya kita akan melawat Istana Diocletian sebelum bergerak ke Neum. Makan malam dan check in hotel di Neum. ( B , L , D )

  • Hari 4

    Selepas sarapan , kita akan check out hotel dan menuju ke Dubrovnik. Di sini kita akan tour bersama tour guide tempatan. Dubrovnik pelabuhan terbesar di Adriatik. Bandar ini disenarai sebagai salah satu bandar dalam proses baikpulih dibawah UNESCO kerana kaya dengan peninggalan sejarah dan warisan. Di sini kita akan melawat Rector Palace, Clock Tower dan Orlando’s Columns. Seterusnya melawat Franciscan Monastery. Ada farmasi yang masih beroperasi dari kurun ke 14 hingga kini di sana. Seterusnya bergerak ke Kotor yang merupakan salah satu teluk terbesar di Laut Adriatik yang menarik banyak kapal persiaran. Kita akan melawat bandar lama, Cathedral of Saint Tryphon, Sea Gate, dan Muzium Maritim , sebelum berehat untuk makan tengahari dan solat. Selepas itu kita akan berangkat ke Budva. Makan malam dan berehat di hotel Budva. ( B , L , D )

  • Hari 5

    Pagi ini selepas sarapan kita akan check out dan berangkat ke Blagaj. Bagaikan di alam fantasi, pemandangan Spring of Buna memang cantik. Di tepinya terdapat rumah ahli sufi yang masih megah berdiri dan merupakan monumen penting peninggalan Uthmaniyyah, dipanggil Tekke. Kita akan berehat untuk makan tengahari dan solat. Seterusnya bergerak ke Mostar. Makan malam dan berehat di hotel Mostar. ( B , L , D )

  • Hari 6

    Selepas sarapan kita check out dan melawat sekitar Bandar Mostar yang indah. Pertama ke Jambatan Mostar yang teguh berdiri selama hampir 400 tahun sebelum musnah dalam peperangan tahun 1993. Jambatan ini menyimpan ribuan sejarah. Seterusnya ke Masjid Koski Mehmed Pasha dan Bandar lama Mostar. Anda berpeluang membeli cenderahati di sana. Seterusnya berangkat ke Sarajevo. Dalam perjalanan, kita akan singgah di Konjic dan melawat Jambatan Lama yang menjadi ikon Konjic. Berehat dan bermalam di hotel Sarajevo. ( B , L , D )

  • Hari 7

    Kita akan melawat Muzium Tunnel of Hope selepas sarapan pagi. Muzium ini menceritakan kisah pengepungan semasa perang 1993. Lokasi muzium ini adalah stuktur penting pada ketika itu. Selepas itu, anda berpeluang menaiki kereta kuda (aktiviti pilhan) di Avenue Street sambil menikmati pemandangan. Singgah pula di Spring of Bosne yang indah dan tenang, dengan melihat banyak aliran sungai di sana. Kemudian lawatan sekitar Old Town Bascarsija yang pernah gemilang satu masa dahulu sebagai pusat perdagangan. Di sana kita akan melawat Masjid Gazi Husrev Bey dan melihat kedai kedai yang menjual pelbagai barangan dan makanan menarik di sana. Selepas itu check in hotel, makan makam , dan berehat di hotel Sarajevo. ( B , L , D )

  • Hari 8

    Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Sarapan pagi dan bersiap untuk pulang. Check out dan menuju ke Lapangan Terbang Sarajevo. Trip tamat.

Terma & Syarat

Harga Dewasa

Harga Kanak-Kanak

Nota Penting

KEMASKINI IKLAN 19/7/2023
Harga dari

1177 EUR

/ seorang

Hubungi Konsultan

Galeri

Antara tetamu trip persendirian Balkan kami 

Antara Tempat Lawatan