BLACK SEA, TURKIYE
ISTANBUL - TRABZON - UZUNGOL - AYDER - ARDESAN
Perjalanan
ITINERARI
Free and Easy. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan di bawa ke hotel oleh airport transfer officer. (Jika anda sampai awal, kita boleh aturkan trip tambahan sekitar Istanbul, tidak termasuk di dalam pakej).
Selepas bersarapan kita akan menaiki penerbangan domestik ke Kota Trabzon. Kita akan menziarahi Masjid Hagia Sofia yang merupakan bekas gereja yang dibina pada abad ke 13 dan masih mengekalkan seni bina asal yang unik. Kita akan akhiri perjalanan dengan makan malam di sekitar kawasan hotel dan kemudian berehat dan check in di hotel tepi bukit sekitar Surmene dengan view laut hitam yang sangat mengagumkan. [B/-/-]
Menuju ke Lembah Uzungol. Uzungol mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Kemudian kita akan singgah di Perkampungan Ceceva di Haremtepe untuk melihat ladang teh yang terkenal di Kawasan Rize. Berhenti makan tengah hari di persisiran laut hitam. Pada lewat petang kita akan ke Ardesen yang merupakan sebuah penempatan di lembah dan merupakan kota kecil di kawasan Rize. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke hotel. Kita akan makan malam di sekitar hotel di Ardesen dan kemudian daftar masuk ke hotel dan berehat. [B/-/-]
Pada pagi hari kita akan menikmati pemandangan yang luar biasa di lembah di Ardesen sambil sarapan di hotel. Selepas itu kita akan menuju ke Tanah Tinggi Pokut dan Sal (Optional) yang dikatakan pemandangan seolah berada di kota Switzerland. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Seterusnya kita akan ke Cemlihemsin yang merupakan pekan kecil di tebing sungai Firtina. Selepas selesai kita akan melawat dataran tinggi Ayder. Antara aktiviti yang menarik di kawasan ini adalah Water Rafting dan Zipline (optional). Pada lewat petang kita akan makan malam dan pulang ke Ardesen hotel untuk berehat. [B/-/-]
Lawatan ke Sumela Monastry. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Kita juga akan berkunjung sebentar di Taman Negara Altindere. Seterusnya ke Pergunungan Zigana dan melihat permandangan luar biasa di Pergunungan Pontic yang sangat cantik. Seterusnya kita ke kawasan tanah tinggi di Hamsikoy dan menikmati manisan yang terkenal iaitu rice pudding (sutlac) yang dibuat oleh penduduk tempatan. Ia hanya menggunakan susu yang segar dan organik bersama dengan daging kambing yang sangat lembut dan sedap. Bermalam di Trabzon. [B/-/-]
Kita akan ke Kemeralti Bazaar . Anda boleh bershopping di Kawasan Trabzon untuk di bawa pulang ke Malaysia. Setelah itu kita akan makan tengah hari dan menuju ke Lapangan Terbang Trabzon untuk bertolak pulang ke Istanbul dan bermalam di Istanbul. [B/-/-]
Selepas sarapan pagi, kita akan berjalan sambil membeli belah di Kapalı Çarşı (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh. Seterusnya ke Spice Bazaar. Pada belah petang, kita akan menaiki Cruise merentasi Selat Bosphorus selama 1 jam 30 minit. Bermalam di Istanbul. [B/-/-]
Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Airport paling lewat 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.
Tiba di KLIA. Trip tamat.
INFO
MAKLUMAT PAKEJ
-
Tiket Penerbangan KUL - IST
-
Penerbangan Domestik IST - Trabzon
-
Penginapan Selesa 7 Malam
-
Kenderaan Selesa (Merc Sprinter)
-
Tour Leader Setibanya di Istanbul
-
Tempat Lawatan (Sumela Monastry & Cruise)
-
Sarapan Bermula Hari Kedua
-
Airport Transfer
-
Tiket Lawatan yang Tidak Dinyatakan
-
Makan Malam
-
Makan Tengahari
-
Takaful Kembara
-
Aktiviti Pilihan
-
TARIKH TRIP

MOMEN
KENANGAN TETAMU KAMI









TESTIMONI TETAMU


ANTARA TEMPAT MENARIK





