KOREA MUSIM SEJUK
6H4M

SEOUL - NAMI ISLAND - ELYSIAN SKI RESORT

Kenapa Anda Perlu Memilih Trip Korea Kami ?

TIADA LAWATAN KE KEDAI GINSENG

Anda pernah dengar kan, ramai yang rasa rugi sangat bila di bawa ke kedai ginseng. Rugi masa bila kena dengar penerangan tentang ginseng yang anda tak minat pun nak beli. Jangan risau, kami tak bawa anda ke sana.

TOUR GUIDE MAHIR

Kami sediakan tour guide dan tour leader yang mahir tentang Korea, untuk bantu memudahkan percutian anda.

PENGALAMAN MEMBUAT KIMCHI

Khas untuk trip ini, kami beri anda peluang untuk menghasilkan kimchi anda sendiri dengan bantuan pembuat kimchi professional. Menarik, kan?

MAKANAN HALAL

Kami pastikan semua makanan yang kami sediakan, baik sarapan, makan tengahari dan makan malam adalah halal. Ialah, mencari yang halal satu kefardhuan.

MAIN SALJI

Khas untuk trip musim sejuk , kami bawa anda ke ski resort. Anda bebas untuk bermain salji sendiri dan boleh juga menyewa peralatan ski.

MENJAGA SOLAT

Kami faham majoriti peserta kami adalah Muslim. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan tiada waktu solat yang tertinggal.

Perjalanan

ITINERARI

Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA (2) dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para peserta akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Seoul.

Tiba di lapangan terbang Incheon dan berjumpa dengan pemandu pelancong. Bertolak ke Chuncheon (2 jam perjalanan), melawat Pulau Nami yang terkenal dengan filem Winter Sonata lengkap pengalaman menaiki feri. Makan tengahari. Kemudian bertolak ke Pusat Peranginan Elysian Gangchon Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain ski (tidak termasuk peralatan ski) di kawasan ski resort. Makan malam di restoran berdekatan dan daftar masuk hotel. (MT,MM)

Sarapan pagi di hotel dan lawatan dimulakan dengan aktiviti membeli belah di salah satu pusat membeli belah local (Gangnam Underground Shopping). Kemudian anda akan melawat Starfield Library di Coex Mall dimana perpustakaan ini menjadi viral dan menjadi salah satu tempat wajib dilawati terutamanya buat anak muda untuk ‘ootd’. Solat Zohor di Masjid Itaewon & aktiviti bebas di Itaewon Street dan makan tengahari. Kemudian peserta di bawa ke Hongdae Shopping Street yang menjadi kawasan orang muda Korea untuk beraktiviti seperti membeli belah, menari tarian K-Pop dan dapat melihat busking anak muda Korea (ramai penyanyi terkenal bermula dari sini seperti Kim Na Young penyanyi OST Descendant of The Sun). Makan malam dan kembali ke hotel di Seoul/Incheon. (SP,MT,MM)

Sarapan pagi, dan bergerak ke Gyeongbuk Palace dan National Folk Museum. (pilihan: bersiar-siar dengan pakaian hanbok di Istana). Selepas itu, hayati sejarah perkampungan Korea di Bukchon Hanok Village dan seterusnya melawat Lorong antik & seni di Insadong Street. Makan tengahari. Singgah sebentar di Local Supermarket dan seterusnya aktiviti membeli belah di salah satu pusat barangan Korea lokal iaitu Dongdaemun Market. (SP,MT,MM)

Sarapan pagi, dan seterusnya peserta di bawa ke Kimchi School & Seaweed Museum untuk pengalaman membuat Kimchi & pengalaman menggunakan pakaian hanbok percuma. Seterusnya, membeli belah di Kedai Kosmetik Dan Duty Free. Makan tengahari dan peserta akan diberi masa bebas di Namdaemun Market yang merupakan salah satu market tertua di Korea dan Myeongdong Shopping Street. (SP,MT,MM)

Bertolak pada awal pagi ke Incheon International Airport untuk penerbangan pagi kembali ke Lapangan Terbang KLIA (2), Malaysia.

INFO

MAKLUMAT PAKEJ

PAKEJ TERMASUK
  • Penginapan 4 malam
  • Penerbangan AirAsia X dan bagasi
  • Bas Sewa Khas
  • Tour Guide dan Tour Leader
  • Tempat Lawatan yang Dinyatakan
  • Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam
  • Airport Transfer
  • Tips untuk Tour Guide
PAKEJ TIDAK TERMASUK
  • k-ETA (RM70)
  • Tiket Lawatan yang Tidak Dinyatakan
  • Aktiviti Pilihan
  • Takaful Kembara
  • Perbelanjaan Peribadi
  •  

HARGA PAKEJ

TEMPAT MENARIK

INILAH MASANYA

DAH SEDIA?
JOM KE KOREA

MOMEN

KENANGAN TETAMU KAMI

Jom ke Korea Bersama Kami

Dapatkan Konsultasi Percuma Dari Konsultant Kami Sekarang