Pakej Anatolian 3 Negeri

4.7 (1,127) Reviews
4.7/5

Maklumat

Termasuk
Tidak Termasuk

Itinerari

  • Hari 1 - KLIA - ISTANBUL

    Free and easy. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan di bawa ke hotel oleh airport transfer officer. Ketibaan anda akan disambut oleh Tour Leader di hotel. (Jika anda sampai awal, kita boleh aturkan trip tambahan sekitar Istanbul, tidak termasuk di dalam pakej).

  • Hari 2 - ISTANBUL - CAPPADOCIA

    • Kita akan merasai pengalaman secara “live” bagaimana Kota ini telah dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fatih di Muzium Panorama 1453 • Kemudian, kita terus menjejaki seerah perjuangan para sahabat iaitu Abu Ayub Al-Ansori di Eyup Sultan Camii • Selepas itu kita akan pergi ke Pierre Lotti dan bergambar dengan berlatarbelakangkan Selat Golden Horn yang terkenal dengan sejarah Kapal Sultan Fetih melintasi bukit untuk masuk ke Selat itu • Seterusnya, kita akan terus bergerak ke lapangan terbang Istanbul untuk ke Cappadocia, menaiki penerbangan domestik selama lebih 1 jam 30 minit perjalanan. Bermalam di hotel berkonsepkan gua.

  • Hari 3 - CAPPADOCIA

    Aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon panas (Optional) & ATV motor (Optional) pada belah petangnya - Kita akan ke Goreme Panoramic View Point, Kota Bawah Tanah, (Underground City) Istana Uchisar dan bengkel tembikar Avanos - Kota bawah tanah sekitar 60 meter dalamannya ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1969. Bermalam di hotel berkonsepkan gua

  • Hari 4 - CAPPADOCIA/SAW - BURSA

    Jika hari sebelumnya, anda tidak berpeluang untuk menaiki belon panas (Optional) disebabkan faktor keselamatan (ribut/angin kencang dll), anda akan diberi peluang kedua untuk menaikinya hari ini - Selepas bersarapan, anda bebas untuk berjalan di sekitar hotel sehingga tengah hari - Selepas makan tengah hari & solat jama, kita akan bersiapsiap untuk ke Bursa menaiki penerbangan domestik dari Nevsehir/ Kayseri Airport ke Sabiha/ Istanbul Airport. Kemudian menaiki kenderaan khas terus ke Bursa. Bermalam di Bursa.

  • Hari 5 - BURSA [Jadual Musim Sejuk]

    Lawatan ke Gunung Uludag untuk bermain salji - Aktiviti tambahan : kereta kable dan sewa peralatan ski.

  • Hari 5 - BURSA [Jadual Musim Bunga & Luruh]

    Lawatan ke perkampungan lama Uthmaniyyah di Cumalikizik - Menziarahi makam pengasas Daulah Uthmaniyyah sambil melihat panorama indah bandar Bursa di Tophane - Menunaikan solat di Ulu Cami Bursa yang begitu indah - Lawatan sambil membeli belah di Kozahan, ia pernah menjadi pusat jualan fabrik sutera sejak zaman Sultan Beyzaid II (1491) - Di akhir lawatan, kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-I Veli yang cukup menggetarkan jiwa. Bermalam di Bursa.

  • Hari 6 - BURSA - ISTANBUL

    Kita akan terus bergerak pulang ke Istanbul selama lebih kurang 3 jam perjalanan - Berjalan sambil membeli belah di Kapali Carsi (Grand Bazaar)/ Spice Bazaar yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh - Menaiki Cruise selama 1 jam 30 minit merentasi Selat Bosphorus dan melihat keindahan Istanbul di tepi bukit.. Bermalam di Istanbul.

  • Hari 7 - ISTANBUL

    Kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana. Istana ini bukan sahaja terhad kepada kediaman rasmi Sultan & kaum kerabat, bahkan menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Uthmaniyyah turun- temurun semenjak Fatih Sultan Mehmed II. - Kita akan singgah sebentar ke Masjid Hagia Sophia. Bangunan yang kaya dengan asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu ketika dahulu merupakan gereja terbesar dan pernah menjadi masjid dan muzium kemudian akhirnya kembali menjadi masjid. Bermalam di Istanbul.

  • Hari 8 - ISTANBUL - PULANG

    Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Istanbul Airport 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.

Terma & Syarat

Harga Dewasa

Harga Kanak-Kanak

Nota Penting

KEMASKINI IKLAN 12/6/2023
Harga dari

RM 4,590*

/ seorang

Hubungi Konsultan