Pakej Anatolian 5 Negeri
Maklumat
- 9 Hari 8 Malam
- Muslim & Halal Tour
- Istanbul: Wishmore Hotel (5 Stars) atau setaraf
- Bursa: Tugcu Hotel (4 Stars) atau setaraf
- Cappadocia : Osmanbey Cave Hotel atau setaraf
- Pamukkale: Melrose Hotel (Special Class) atau setaraf
Termasuk
- Penginapan untuk 8 malam di hotel beserta sarapan
- Tour Guide Profesional untuk beberapa lawatan utama
- Tour Leader JU terlatih di Istanbul, Bursa dan Cappadocia (Untuk trip 2-3 dewasa tiada Tour Leader di Cappadocia)
- Pengangkutan khas sepanjang perjalanan
- Tiket Penerbangan Domestik 2x [15kg luggage per pax]
- Airport Transfer 6x
- Tiket lawatan: Panorama 1453, Istana Topkapi, Bosphorus Cruise, Underground City.
- Sarapan pagi (SP) di hotel bermula hari ke-2 trip
- Tip untuk Tour Leader & Tour Guide Profesional
Tidak Termasuk
- Tiket penerbangan antarabangsa KUL - IST
- Makan tengah hari (MT) & makan malam (MM) [Bebas]
- Untuk bilangan 2 hingga 5 dewasa, cas tempat letak kereta / tol / feri adalah dibawah tanggungan tetamu
- Tip untuk pemandu [mengikut budi bicara tetamu]
- Tiket lawatan yang tidak dinyatakan atau Optional
- Takaful kembara/insuran pelancongan
Itinerari
-
Hari 1 - KLIA - ISTANBUL
Free and easy. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan di bawa ke hotel oleh airport transfer officer. Ketibaan anda akan disambut oleh Tour Leader di hotel. (Jika anda sampai awal, kita boleh aturkan trip tambahan sekitar Istanbul, tidak termasuk di dalam pakej).
-
Hari 2 - ISTANBUL
Kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana. Istana ini bukan sahaja terhad kepada kediaman rasmi Sultan & kaum kerabat, bahkan menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Uthmaniyyah turun- temurun semenjak Fatih Sultan Mehmed II. - Singgah sebentar ke Masjid Hagia Sophia. Bangunan yang kaya dengan asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah dan menjadi tunjak kepada pembebasan yang di bawa oleh Islam. - Makan tengah hari dan menunai solat di Masjid Sultanahmet - Kemudian kita akan terus bergerak ke Bursa selama 3 jam perjalanan. Bermalam di Bursa.
-
Hari 3 - BURSA [Jadual Musim Sejuk]
Lawatan ke Gunung Uludag untuk bermain salji - Aktiviti tambahan : kereta kable dan sewa peralatan ski.
-
Hari 3 - BURSA [Jadual Musim Bunga & Luruh]
Lawatan ke perkampungan lama Uthmaniyyah di Cumalikizik - Menziarahi makam pengasas Daulah Uthmaniyyah sambil melihat panorama indah bandar Bursa di Tophane - Menunaikan solat di Ulu Cami Bursa yang begitu indah - Lawatan sambil membeli belah di Kozahan, ia pernah menjadi pusat jualan fabrik sutera sejak zaman Sultan Beyzaid II (1491) - Di akhir lawatan, kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-I Veli yang cukup menggetarkan jiwa. Bermalam di Bursa.
-
Hari 4 - BURSA - SAW - CAPPADOCIA
Selepas bersarapan, anda semua ada beberapa jam untuk membeli belah di Kozahan (optional) dan seterusnya kita akan terus bergerak ke Sabiha Airport untuk bertolak ke Cappadocia yang mengambil masa dalam 2 jam perjalanan - Apabila tiba di Cappadocia, anda semua boleh bebas berjalan di sekitar Cappadocia yang terkenal dengan Hotel berkonsepkan gua. Di sebelah petangnya, anda boleh membuat aktiviti ATV atau menaiki Jeep/ menunggang kuda (Optional). Bermalam di hotel berkonsepkan gua
-
Hari 5 - CAPPADOCIA
Antara aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon panas (Optional) & ATV motor (Optional) - Selepas bersarapan, kita akan memulakan lawatan ke Lembah Ihlara, Kota Bawah Tanah (Underground City), Lembah Burung Merpati dan bengkel tembikar Avanos . - Kota bawah tanah sekitar 60 meter dalamannya ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1969. Dipercayai dibina oleh orang Phrygia sejak kurun ke-8 sebelum masihi dan diubahsuai ketika era Parsi dan Byzantium. Makan malam & bermalam di Cappadocia.
-
Hari 6 - CAPPADOCIA - PAMUKKALE
Anda bebas untuk menaiki belon panas (Optional) jika tidak boleh fly pada hari sebelumnya & ATV motor (Optional) - Seterusnya kita akan terus menuju ke Konya dengan menaiki kenderaan persendirian untuk makan tengah hari dan tour sekitar Konya sebelum terus sambung perjalanan ke Pamukkale sekitar 9 jam. Makan malam & bermalam di Pamukkale.
-
Hari 7 - PAMUKKALE - ISTANBUL
Lawatan bermula sekitar 9.30 pagi ke kota Hierapolis & Necropolis yang dahulunya merupakan tempat spa semula jadi, teater dan HARI 7 pelbagai lagi yang digunakan semenjak pemerintahan Rom - Pamukkale atau Cotton Castle yang menjadi salah satu tapak dibawah jagaan UNESCO - Kita akan ke Istanbul menaiki penerbangan domestik dari Denizli Airport ke Istanbul Airport. Bermalam di Istanbul.
-
Hari 8 - ISTANBUL
Selepas sarapan pagi, kita akan berjalan sambil membeli belah di Kapali Carsi (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh - Seterusnya ke Spice Bazaar - Menaiki Cruise merentasi Selat Bosphorus selama 1 jam 30 minit. Bermalam di Istanbul.
-
Hari 9 - ISTANBUL - PULANG
Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Istanbul Airport 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.
Terma & Syarat
- Pihak syarikat BERHAK untuk membuat penukaran pada jadual program yang dicadangkan mengikut kesesuaian dan kelancaran pakej. Sebarang perubahan jadual mungkin berlaku contohnya seperti perubahan pada waktu penerbangan disebabkan oleh faktor cuaca dan sebagainya.
- Sebarang perubahan yang diminta oleh peserta melibatkan penambahan kos, kos tersebut akan ditanggung oleh peserta.
- Sebarang perubahan waktu penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami. Pihak kami TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB jika berlaku perubahan waktu / penangguhan jadual penerbangan.
- Pihak syarikat TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sekiranya peserta di didapati positif covid-19 atau menghadapi apa jua masalah kesihatan TERMASUKLAH jika berlaku kematian sebelum / semasa / selepas trip berlangsung. Sebarang kos-kos yang terlibat adalah tanggungan peserta atau tuntutan boleh dilakukan berdasarkan polisi 'travel insurance' yang di beli sendiri oleh peserta
- Apabila deposit telah dibuat, dengan ini peserta bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Harga Dewasa
- 11 - 14 dewasa: RM 5,090
- 8 - 10 dewasa: RM 5,590
- 4 - 7 dewasa: RM 7,090
- 2 - 3 dewasa: RM 7,040
Harga Kanak-Kanak
- 0 - 1 tahun (tanpa katil): RM 299
- 2- 9 tahun (dengan katil): RM 2,890
- 10 tahun keatas (dengan katil): Seperti dewasa
Nota Penting
- Musim salji bermula daripada pertengahan Disember hingga Februari. Musim bunga bermula daripada akhir Mac hingga May. Musim panas bermula daripada Jun hingga Ogos. Musim luruh bermula daripada September hingga November.
- Harga pakej yang ditawarkan tidak termasuk dengan penerbangan antarabangsa kerana peserta & tetamu kami datang dari pelbagai negara Asia contohnya Malaysia, Singapura, Brunei dan warganegara yang bekerja atau menetap di luar negara
- Kami mampu membantu anda untuk pembelian tiket penerbangan antarabangsa
- Jangan bimbang jika tuan atau cikpuan hanya seorang sahaja, anda boleh sertai trip gabungan/campuran ini yang mana pihak JU/JVN Sdn Bhd akan kumpulkan para peserta pada tarikh tertentu pada setiap bulan
- Kami akan sedaya upaya untuk mencari peserta untuk anda dipasangkan sesama jantina untuk ‘twin room’ atau ‘triple room’. Pilihan terakhir adalah ‘single room’
- Harga pakej ini juga tidak termasuk dengan makan tengah hari (MT) & makan malam (MM) kecuali yang dinyatakan pada jadual program di atas. Tujuannya adalah kerana lebih memberi kebebasan memilih makanan dengan kuantiti yang mereka mahu di Turki ini. Malah ia lebih menjimatkan kepada para tetamu kami yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan tempatan, maka mereka boleh membawa makanan dari Malaysia seperti Brahim, Maggi, sambal hitam dll sebagai penambah perisa semasa makan makanan Turki yang rasanya tak sama seperti di rantau kita
- Jika tuan & cikpuan inginkan PRIVATE GROUP TOUR iaitu trip persendirian dikalangan kumpulan anda sahaja, harga pakej bergantung pada bilangan peserta dan jumlah hari. Kelebihan mengambil PRIVATE TOUR adalah jadual tarikh dan program mengikut kehendak sendiri dan fleksibel melalui persetujuan bersama.