Pakej Anatolian Bursa
Maklumat
- 6 Hari 5 Malam
- Muslim & Halal Tour
- Istanbul: Wishmore Hotel (5 Stars) atau setaraf
- Bursa: Tugcu Hotel (4 Stars) atau setaraf
Termasuk
- Penginapan untuk 5 malam di hotel beserta sarapan
- Tour Guide Profesional untuk beberapa lawatan utama
- Tour Leader Jejak Uthmaniyyah terlatih
- Pengangkutan khas sepanjang perjalanan
- Airport Transfer 2x
- Tiket lawatan: Panorama 1453, Istana Topkapi, Bosphorus Cruise, Underground City
- Sarapan pagi (SP) di hotel bermula hari ke-2 trip
- Tip untuk Tour Leader & Tour Guide Profesional
Tidak Termasuk
- Tiket penerbangan antarabangsa KUL - IST
- Makan tengah hari (MT) & makan malam (MM) [Bebas]
- Untuk bilangan 2 hingga 5 dewasa, cas tempat letak kereta / tol / feri adalah dibawah tanggungan tetamu
- Tip untuk pemandu [mengikut budi bicara tetamu]
- Tiket lawatan yang tidak dinyatakan atau Optional
- Takaful kembara/insuran pelancongan
Itinerari
-
Hari 1 - KLIA - ISTANBUL
Free and easy. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan di bawa ke hotel oleh airport transfer officer. Ketibaan anda akan disambut oleh Tour Leader di hotel. (Jika anda sampai awal, kita boleh aturkan trip tambahan sekitar Istanbul, tidak termasuk di dalam pakej).
-
Hari 2 - ISTANBUL - BURSA
Selepas bersarapan, kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana. Istana ini bukan sahaja terhad kepada kediaman rasmi Sultan & kaum kerabat, bahkan menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Uthmaniyyah turun-temurun semenjak Fatih Sultan Mehmed II - • Kita akan singgah sebentar ke Masjid Hagia Sophia. Bangunan yang kaya dengan asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu ketika dahulu merupakan gereja terbesar dan pernah menjadi masjid dan muzium kemudian akhirnya kembali menjadi masjid - Kemudian kita singgah di Masjid Sultanahmet yang penuh sejarah. la yang juga dikenal sebagai Masjid Biru . Bermalam di Bursa
-
Hari 3 - ISTANBUL - BURSA (Jadual Musium Sejuk)
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Gunung Uludag menaiki kenderaan yang disediakan untuk bermain salji selama beberapa jam - Aktiviti optional di Uludag : kereta kabel / sewa peraltan ski - Kita akan melihat suasana selepas pembukaan kota Bursa oleh Orhan Ghazi di Muzium Panorama 1326 - Kita akan solat jama’ di Ulu Cami Bursa yang penuh sejarah - Kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-I Veil. Bermalam di Bursa
-
Hari 3 - ISTANBUL - BURSA (Jadual Musium Panas)
Kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-I Veil. Bermalam di Bursa - Menziarahi makam pengasas Daulah Uthmaniyyah sambil melihat panorama bandar Bursa di Tophane - Seterusnya, ke perkampungan lama Uthmaniyyah di Cumalikizik yang telah berumur lebih 700 tahun - Kita akan menziarahi makam Sultan Murad II di Muradiye Kulliyesi - Kita akan solat di Ulu Cami Bursa yang penuh sejarah - Bazaar/Shopping (Optional) - Kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-I Veli. Bermalam di Bursa
-
Hari 4 - BURSA - ISTANBUL
Selepas sarapan pagi, kita akan terus bergerak pulang ke Istanbul selama lebih kurang 3 jam perjalanan - Selepas itu kita akan berjalan sambil membeli belah di Kapali Carsi (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh - Seterusnya ke Spice Bazaar - Kemudian, kita akan menaiki Cruise selama 1 jam 30 minit merentasi Selat Bosphorus dan melihat keindahan Istanbul di tepi bukit. Setelah itu kita akan terus bertolak ke Bursa dan bermalam di sana. Bermalam di Istanbul.
-
Hari 5 - ISTANBUL
Kita akan merasai pengalaman secara “live” bagaimana Kota ini telah dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fatih di Muzium Panorama 1453 - Kemudian, kita terus menjejaki seerah perjuangan para sahabat iaitu Abu Ayub Al-Ansori di Eyup Sultan Camii - Selepas itu kita akan pergi ke Pierre Lotti dan bergambar dengan berlatarbelakangkan Selat Golden Horn yang terkenal dengan sejarah Kapal Sultan Fetih melintasi bukit untuk masuk ke Selat tersebut - Seterusnya, kita akan menziarahi Masjid Suleymaniye, yang telah dibina oleh arkitek terulung Uthmaniyyah iaitu Mimar Sinan di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Kanuni yang terkenal dengan ketegasan dan ilmunya. Bermalam di Istanbul
-
Hari 6 - ISTANBUL
Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Airport paling lewat 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.
Terma & Syarat
- Pihak syarikat BERHAK untuk membuat penukaran pada jadual program yang dicadangkan mengikut kesesuaian dan kelancaran pakej. Sebarang perubahan jadual mungkin berlaku contohnya seperti perubahan pada waktu penerbangan disebabkan oleh faktor cuaca dan sebagainya.
- Sebarang perubahan yang diminta oleh peserta melibatkan penambahan kos, kos tersebut akan ditanggung oleh peserta.
- Sebarang perubahan waktu penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami. Pihak kami TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB jika berlaku perubahan waktu / penangguhan jadual penerbangan.
- Pihak syarikat TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sekiranya peserta di didapati positif covid-19 atau menghadapi apa jua masalah kesihatan TERMASUKLAH jika berlaku kematian sebelum / semasa / selepas trip berlangsung. Sebarang kos-kos yang terlibat adalah tanggungan peserta atau tuntutan boleh dilakukan berdasarkan polisi 'travel insurance' yang di beli sendiri oleh peserta
- Apabila deposit telah dibuat, dengan ini peserta bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Harga Dewasa
- 11 - 14 dewasa: RM 2,590
- 8 - 10 dewasa: RM 2,850
- 4 - 7 dewasa: RM 3,700
- 2 - 3 dewasa: RM 4,250
Harga Kanak-Kanak
- 0 - 1 tahun (tanpa katil): RM 299
- 2- 9 tahun (dengan katil): RM 1,990
- 10 tahun keatas (dengan katil): Seperti dewasa
Nota Penting
- Musim salji bermula daripada pertengahan Disember hingga Februari. Musim bunga bermula daripada akhir Mac hingga May. Musim panas bermula daripada Jun hingga Ogos. Musim luruh bermula daripada September hingga November.
- Harga pakej yang ditawarkan tidak termasuk dengan penerbangan antarabangsa kerana peserta & tetamu kami datang dari pelbagai negara Asia contohnya Malaysia, Singapura, Brunei dan warganegara yang bekerja atau menetap di luar negara
- Kami mampu membantu anda untuk pembelian tiket penerbangan antarabangsa
- Jangan bimbang jika tuan atau cikpuan hanya seorang sahaja, anda boleh sertai trip gabungan/campuran ini yang mana pihak JU/JVN Sdn Bhd akan kumpulkan para peserta pada tarikh tertentu pada setiap bulan
- Kami akan sedaya upaya untuk mencari peserta untuk anda dipasangkan sesama jantina untuk ‘twin room’ atau ‘triple room’. Pilihan terakhir adalah ‘single room’
- Harga pakej ini juga tidak termasuk dengan makan tengah hari (MT) & makan malam (MM) kecuali yang dinyatakan pada jadual program di atas. Tujuannya adalah kerana lebih memberi kebebasan memilih makanan dengan kuantiti yang mereka mahu di Turki ini. Malah ia lebih menjimatkan kepada para tetamu kami yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan tempatan, maka mereka boleh membawa makanan dari Malaysia seperti Brahim, Maggi, sambal hitam dll sebagai penambah perisa semasa makan makanan Turki yang rasanya tak sama seperti di rantau kita
- Jika tuan & cikpuan inginkan PRIVATE GROUP TOUR iaitu trip persendirian dikalangan kumpulan anda sahaja, harga pakej bergantung pada bilangan peserta dan jumlah hari. Kelebihan mengambil PRIVATE TOUR adalah jadual tarikh dan program mengikut kehendak sendiri dan fleksibel melalui persetujuan bersama.