Pakej Black Sea Tour

4.7 (1,127) Reviews
4.7/5

Maklumat

Termasuk
Tidak Termasuk

Itinerari

  • Hari 1 - KLIA - ISTANBUL

    Free and easy. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan di bawa ke hotel oleh airport transfer officer. Ketibaan anda akan disambut oleh Tour Leader di hotel. (Jika anda sampai awal, kita boleh aturkan trip tambahan sekitar Istanbul, tidak termasuk di dalam pakej).

  • Hari 2 - ISTANBUL - TRABZON - SURMENE

    Selepas bersarapan kita akan menaiki penerbangan domestik ke Kota Trabzon - Kita akan menziarahi Masjid Hagia Sofia yang merupakan bekas gereja yang dibina pada abad ke 13 dan masih mengekalkan seni bina asal yang unik - Kita akan melawat Kilang Teh tempatan dan melihat penghasilan serbuk teh yang baru di proses. Kawasan laut hitam merupakan pengeluar terbesar teh di turki disebabkan bentuk muka bumi dan cuaca yang sesuai untuk penanaman teh - Kita akan akhiri perjalanan dengan makan malam di sekitar kawasan hotel dan kemudian berehat dan check in di hotel tepi bukit sekitar Surmene dengan view laut hitam yang sangat mengagumkan.

  • Hari 3 - SURMENE - UZUNGOL - AYDER

    Menuju ke Lembah Uzungol. Uzungol mempunyai pemandangan yang menakjubkan, dan menyajikan keindahan semula jadi - Kemudian kita akan singgah di Perkampungan Ceceva di Haremtepe untuk melihat ladang teh yang terkenal di Kawasan Rize - Perjalanan diteruskan dan akan berhenti makan tengah hari di persisiran laut hitam. Pada lewat petang kita akan teruskan perjalanan ke Ardesen yang merupakan sebuah penempatan di lembah dan merupakan kota kecil di kawasan Rize. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke hotel. Kita akan makan malam di sekitar hotel di Ardesen dan kemudian daftar masuk ke hotel dan berehat.

  • Hari 4 - AYDER

    Pada pagi hari kita akan menikmati pemandangan yang luar biasa di lembah di Ardesen sambil sarapan di hotel. Selepas itu kita akan menuju ke Tanah Tinggi Pokut dan Sal (Optional) yang dikatakan pemandangan seolah berada di kota Switzerland. Perjalanan mengambil masa 1 jam. - Seterusnya kita akan ke Cemlihemsin yang merupakan pekan kecil di tebing sungai Firtina - Selepas selesai kita akan melawat dataran tinggi Ayder. Antara aktiviti yang menarik di kawasan ini adalah Water Rafting dan Zipline (optional). Anda akan diberikan masa bagi yang ingin mencuba. Pada lewat petang kita akan makan malam dan pulang ke Ardesen hotel untuk berehat.

  • Hari 5 - ARDESEN - TRABZON

    Lawatan ke Sumela Monastry. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Kita juga akan berkunjung sebentar di Taman Negara Altindere - Perjalanan diteruskan ke Pergunungan Zigana dan melihat permandangan luar biasa di Pergunungan Pontic yang sangat cantik - Seterusnya kita ke kawasan tanah tinggi di Hamsikoy dan menikmati manisan yang terkenal iaitu rice pudding (sutlac) yang dibuat oleh penduduk tempatan. la hanya menggunakan susu yang segar dan organik bersama dengan daging kambing yang sangat lembut dan sedap. Bermalam di Trabzon.

  • Hari 6 - TRABZON - ISTANBUL

    Kita akan ke Kemeralti Bazaar yang terkenal sejak dari zaman Uthmaniyyah lagi. Anda boleh bershopping di Kawasan Trabzon untuk di bawa pulang ke Malaysia. - Setelah itu kita akan makan tengah hari dan menuju ke Lapangan Terbang Trabzon untuk bertolak pulang ke Istanbul dan bermalam di Istanbul

  • Hari 7 - ISTANBUL

    Selepas sarapan pagi, kita akan berjalan sambil membeli belah di Kapali Carsi (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh - Seterusnya ke Spice Bazaar - Pada belah petang, kita akan menaiki Cruise merentasi Selat Bosphorus selama 1 jam 30 minit. Bermalam di Istanbul.

  • Hari 7 - ISTANBUL - PULANG

    Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Istanbul Airport 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.

Harga Dewasa

Harga Kanak-Kanak

KEMASKINI IKLAN 12/6/2023
Harga dari

RM 4,150*

/ seorang

Hubungi Konsultan

Galeri

Antara tetamu Black Sea Tour kami