Pakej Ertugrul Tour

4.7 (1,127) Reviews
4.7/5

Maklumat

Termasuk
Tidak Termasuk

Itinerari

  • Hari 1 - KLIA - ISTANBUL

    Free and easy. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan di bawa ke hotel oleh airport transfer officer. Ketibaan anda akan disambut oleh Tour Leader di hotel. (Jika anda sampai awal, kita boleh aturkan trip tambahan sekitar Istanbul, tidak termasuk di dalam pakej).

  • Hari 2 - ISTANBUL - BURSA (Jadual Musim Sejuk)

    Selapas sarapan pagi, bertolak ke Gunung Uludag menaiki kenderaan yang disediakan untuk bermain salji selama beberapa jam. Aktiviti optional di Uludag: Kereta kabel / sewa peralatan ski. Kita akan melihat suasana selepas pembukaan kota Bursa oleh Orhan Ghazi di Muzium Panorama 1326. Kita akan solat jama' di Ulu Cami Bursa yang penuh sejarah. Kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-i Veli. Bermalam di Bursa.

  • Hari 2 - ISTANBUL - BURSA (Jadual Musim Panas)

    Kita ke Muzium Panorama 1326 - Menziarahi makam pengasas Daulah Uthmaniyyah sambil melihat panorama bandar Bursa di Tophane - Seterusnya, ke perkampungan lama Uthmaniyyah di Cumalikizik yang telah berumur lebih 700 tahun - Kita akan menziarahi makam Sultan Murad II di Muradiye Kulliyesi - Kita akan solat di Ulu Cami Bursa yang penuh sejarah - Bazaar / Shopping (Optional) - Kita akan menyaksikan persembahan kebudayaan Mevlana Semazen di Karabas-i Veli. Bermalam di Bursa.

  • Hari 3 - BURSA - SOGUT - BILECIK

    Selepas sarapan kita akan teruskan perjalanan ke daerah Sogut sekitar 2 jam - Kita akan menziarahi makam dan muzium bapa kepada pengasas Daulah Uthmaniyyah iaitu Ertugrul Gazi yang merupakan ketua Kayi, kaum Oguz - Anda juga berpeluang untuk memakai pakaian seperti pahlawan kaum Kayi Uthmaniyyah di sana (perbelanjaan peribadi) - Sebelum berehat, kita akan menziarahi makam Syeikh Edebali yang dahulunya merupakan guru agama pengasas Daulah Uthmaniyyah, Osman Gazi. Bermalam di Bursa.

  • Hari 4 - BILECIK - ISTANBUL

    Sarapan pagi & check out hotel - Kita akan melawat bandar Bilecik dan bersiar-siar di sana. Anda boleh membeli pelbagai cenderamata di sana sebagai kenang - kenangan - Atau terus bertolak pulang ke Istanbul - Setibanya di Istanbul, kita akan menelusuri suasana ketenteraan Uthmaniyyah pada zaman kesultanan dan republik di Muzium Askar. Sekitar pukul 3 petang (tutup hari Isnin & Selasa), jika berpeluang kita akan melihat pertunjukan alat muzik kumpulan Mehter yang merupakan pancaragam askar pertama didunia yang mampu menggentarkan jiwa sesiapa yang mendengarnya. Bermalam di Istanbul

  • Hari 5 - ISTANBUL

    Pada pagi ini, kita akan merasai pengalaman secara live bagaimana kota ini telah dibuka oleh Sultan Muhammad AIFatih di Muzium Panorama 1453 - Kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh dengan barangan berharga umat Islam seperti khazanah tinggalan “ Rasulullah dan keluarga baginda di sana - Kita akan singgah ke Masjid Hagia Sophia. Bangunan yang kaya dengan asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu ketika dahulu merupakan gereja terbesar kemudian menjadi masjid dan akhirnya bertukar fungsi menjadi muzium. - Kita akan makan tengah hari dan menunai solat di Masjid Sultanahmet atau Sultan Ahmet Camii. Bermalam di Istanbul.

  • Hari 6 - ISTANBUL

    Selepas sarapan pagi, kita akan menaiki Cruise merentasi Selat Bosphorus selama 1 jam 30 minit - Lawatan sambil membeli belah di Kapali Carsi (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad AIFateh - Seterusnya bazaar-bazaar lain dan ke Spice Bazaar. Bermalam di Istanbul.

  • Hari 7 - ISTANBUL

    Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Istanbul Airport 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.

Harga Dewasa

Harga Kanak-Kanak

KEMASKINI IKLAN 19/7/2023
Harga dari

RM 4,190*

/ seorang

Hubungi Konsultan

GAleri tetamu

Ertugrul Tour

Testimoni