Pakej Istanbul & Cappadocia

4.7 (1,127) Reviews
4.7/5

Maklumat

Termasuk
Tidak Termasuk

Itinerari

  • Hari 1 - KLIA - ISTANBUL

    Free and Easy. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, anda akan di bawa ke hotel oleh airport transfer officer. Ketibaan anda akan disambut oleh Tour Leader di hotel. (Jika anda sampai awal, kita boleh aturkan trip tambahan sekitar Istanbul, tidak termasuk di dalam pakej).

  • Hari 2 - ISTANBUL - CAPPADOCIA

    Selepas bersarapan, kita akan menziarahi Muzium Istana Topkapi yang penuh dengan barang-barangan berharga umat Islam seperti khazanah tinggalan Rasulullah dan keluarga baginda di sana - Kita akan singgah sebentar ke Masjid Hagia Sophia. Bangunan yang kaya dengan asmilisasi arkitektur Byzantine dan Uthmaniyyah ini suatu ketika dahulu merupakan gereja terbesar dan pernah menjadi masjid dan muzium kemudian akhirnya kembali menjadi masjid - Seterusnya, kita akan terus bergerak ke lapangan terbang Istanbul untuk ke Cappadocia, menaiki penerbangan domestik selama lebih 1 jam 30 minit perjalanan. Bermalam di hotel berkonsepkan gua.

  • Hari 3 - CAPPADOCIA - ISTANBUL

    Aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon panas (Optional) & ATV motor (Optional) pada belah petangnya - Kita akan ke Goreme Panoramic View Point, Kota Bawah Tanah (Underground City) Istana Uchisar dan bengkel tembikar Avanos - Kota bawah tanah sekitar 60 meter dalamannya ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1969. Bermalam di hotel berkonsepkan gua.

  • Hari 4 - CAPPADOCIA - ISTANBUL

    Jika hari sebelumnya, anda tidak berpeluang untuk menaiki belon panas (Optional) disebabkan faktor keselamatan (ribut/angin kencang dll), anda akan diberi peluang kedua untuk menaikinya hari ini - Selepas bersarapan, anda bebas untuk berjalan di sekitar hotel sehingga tengah hari - Selepas makan tengah hari & solat jama, kita akan bersiapsiap untuk ke Istanbul menaiki penerbangan domestik dari Nevsehir/ Kayseri Airport ke Sabiha/ Istanbul Airport. Kemudian menaiki kenderaan khas terus ke Istanbul. Bermalam di Istanbul.

  • Hari 5 - ISTANBUL

    Selepas sarapan pagi, kita akan berjalan sambil membeli belah di Kapali Carsi (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh - Seterusnya ke Spice Bazaar. Seterusnya kita akan menaiki Cruise selama 1 jam 30 minit merentasi Selat Bosphorus dan melihat keindahan Istanbul di tepi bukit Bermalam di Istanbul.

  • Hari 6 - ISTANBUL

    Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Airport paling lewat 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.

Terma & Syarat

Harga Dewasa

Harga Kanak-Kanak

Nota Penting

KEMASKINI IKLAN 12/6/2023
Harga dari

RM 3,490*

/ seorang

Hubungi Konsultan