PAKEJ OSAKA
6H4M

PENGALAMAN MUSIM SEJUK JEPUN

Perjalanan

ITINERARI

Berkumpul di lapangan terbang KLIA dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para tetamu akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Osaka.

Setelah tiba di Osaka, peserta akan dibawa ke Osaka Museum of Living untuk mengenali sejarah kehidupan orang dulu di Osaka. Kemudian, peserta akan dibawa ke kawasan Umeda. Di sana, terdapat Sky Garden di atas bangunan Sky Umeda. Disitu juga terdapat kedai Yodobashi Camera yang menjual barangan teklnologi dan pakaian. Berehat seketika untuk solat dan makan tengah hari. Bertolak ke kawasan Namba. Mencuba Dotonbori yang terkenal dengan makanan lokal dan Shinsaibashi iaitu tempat membeli belah di Osaka. Makan malam dan pulang ke hotel.

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Kyoto. Bandar Kyoto merupakan bekas ibu kota Jepun. Di Kyoto, peserta akan melawat Arashiyama yang mempunyai rimbunan hutan buluh yang cantik. Berdekatan dengan kawasan yang sama, peserta akan berpeluang untuk melintasi jambatan Togetsukyo menyeberangi sungai Katsura. Melawat Tenryuuki iaitu kuil di Arashiyama dengan pemandangan yang fantastik. Berehat seketika untuk solat dan makan tengah hari. Berkunjung ke Gion iaitu merupakan kawasan yang terkenal di daerah Geisha dengan suasana bandar lama Kyoto. Singgah melawat Fushimi Inari Shrine yang terdapat kuil dan pintu gerbang berwarna. Makan malam dan pulang ke hotel.

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Nara iaitu bandar yang terletak di timur Osaka. Melawat Nara Deer Park dan kuil Todaiji yang merupakan mercu tanda di Nara. Berehat seketika untuk solat dan makan tengah hari. Menuju ke kawasan Osaka Tempozan (kawasan teluk) untuk melawat Kaiyukan (Osaka Aquarium) dan Naniwa Food Theme Park iaitu tempat menjual pelbagai makanan tempatan. Makan malam dan pulang ke hotel.

Sarapan pagi di hotel. Tiba di bandar Kobe iaitu terletak di barat Osaka. Peserta akan dibawa ke Shin-Kobe Ropeway. Peserta berpeluang menaiki ropeway untuk pergi ke kawasan tertinggi Kobe. Lihat pemandangan yang menakjubkan. Kemudian, melawat taman herba Nunobiki iaitu taman herba terbesar di Jepun. Berehat seketika untuk solat di Masjid Kobe dan makan tengah hari. Aktiviti bebas di Rinku Premium Outlet untuk membeli belah dan cenderamata. Makan malam dan kembali ke hotel.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bersedia untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.

INFO

MAKLUMAT PAKEJ

PAKEJ TERMASUK
  • Tiket Penerbangan
  • Penginapan 3 Bintang
  • Tiket Lawatan yang Dinyatakan di Atas
  • Bas Sewa Khas
  • Tour Leader
  • Tips Pemandu Pelancong
  • Makanan Seperti yang Dinyatakan
PAKEJ TIDAK TERMASUK
  • Insurans Perjalanan
  • Makanan Dalam Kapal
  • Pilihan Lawatan Selain yang Dinyatakan
  • Pembelanjaan Peribadi
  • Dokumen Visa Untuk Bukan Warganegara Malaysia
  • Perkhidmatan Lain yang Tidak Disebutkan di Atas

HARGA PAKEJ

TEMPAT MENARIK

INILAH MASANYA

DAH SEDIA?
JOM ALPS VENTURES

MOMEN

KENANGAN TETAMU KAMI

Jom ke Swiss , Austria dan Jerman Bersama Kami

Dapatkan Konsultasi Percuma Dari Konsultant Kami Sekarang